DILARANG MAKAN, TETAPI BAGAIMANA DENGAN MEROKOK?
Setelah
menunggu selama 10 minit, bas itu akhirnya tiba. Pemandu bas tersebut menanda
tiket sebagai bukti tiket tersebut sudah tidak sah laku pada hari berikutnya.
Sebelum menaiki bas, pemandu tersebut sempat berpesan supaya tidak makan dan
minum di dalam bas kecuali hanya air mineral. Terdapat dua orang pemandu bas
tersebut. Kami akur dengan arahannya dan kami mengambil tempat duduk yang juga
nombornya hanya sekadar hiasan. Pemandu bas tersebut tidak dapat meneruskan
perjalanan kerana masih terdapat penumpang yang tiada di dalam bas mengikut
jumlah tiket yang ada padanya. Pemandu bas 1 sangat marah kerana sudah menunggu
agak lama, pemandu bas 2 hanya senyap mendengar leteran kawannya itu. Akhirnya
2 orang penumpang bas tersebut tergesa-gesa menaiki bas, mungkin telah pergi
membeli sesuatu. Pemandu bas 1 tidur di tempat tidur yang telah disediakan khas
buat mereka dan pemandu bas 2 menyambung perjalanan ke Butterworth.
Sepanjang berada di dalam bas tersebut, aku hanya merenung ke luar jendela
bas bagi menikmati pemandangan yang indah pada hari tersebut walaupun pelbagai
peristiwa berlaku sepanjang perjalanan ke Baling. Aku juga terlena dibuai
kesejukan penghawa dingin di dalam bas tersebut. Hampir 1jam berada di dalam
bas tersebut dalam keadaan yang bosan kerana Awin sudah tertidur. Awin yang
terjaga mempelawa diriku untuk makan roti, namun dek kerana takut akan pesanan
pemandu bas itu tadi aku hanya menolak sopan. Awin sememangnya berani orangnya.
Kami sudah hampir tiba di Butterworth, tiba-tiba pemandu bas 1 bangun daripada
lena panjangnya dan menyalakan seputung rokoknya tanpa sempat tiba di stesen
bas Butterworth, terpaksalah kami menghidu asap rokoknya selama 5 minit. Kqmi
tidak dibenarkan makan dan minum sedangkan dia boleh merokok.
ULASAN
: Pemandu bas tersebut seharusnya menghormati kami sebagai penumpang bas kerana
asap rokoknya boleh menjejaskan kesihatan kami. Sekiranya kami boleh
menghormati permintaannya untuk tidak makan dan minum di dalam bas yang sememangnya
tidak menjejaskan kesihatan sesiapa, mengapa tidak dirinya menghormati kami.
Kita seharusnya mengamalkan sikap bertolak-ansur antara satu sama lain.
.jpg)
No comments:
Post a Comment