Pages

Friday, March 8, 2013

PILIH KASIHKAH ITU?

KATA GANTI NAMA



Ada apa pada kata ganti nama diri. Bukan saya hendak mengajar mengenainya tetapi ingin menceritakan perbezaan yang saya gunakan terhadap rakan-rakan yang lain. Saya akan membahasakan diri dengan panggilan nama sekiranya dengan Noor Ibadah dan rakan-rakan yang lain, tetapi dengan rakan sebilik saya, iaitu Awin dan Hidayah saya membahasakan diri dengan “aku”. Sekiranya saya tersasul membahasakan “aku” kepada Ibadah, saya pasti akan membetulkannya kembali dengan membahasakan diri dengan panggilan nama “Fira” kerana apabila ber”aku” dengan Ibadah terasa seperti berkasar dengannya. Tetapi apabila panggilan nama “Fira” dengan Hidayah atau Awin akan terasa geli-geleman pula. Saya pernah menjadi rakan sebilik sewaktu semester 1 dan 2 dengan Ibadah, sejak semester 3 hingga sekarang bersama Hidayah dan Awin. Mungkin kerana kami tinggal di negeri yang sama membiasakan diri kami membahasakan diri sebagai “aku”.

Pengajaran atau ulasan: Setiap individu mempunyai panggilan nama yang berbeza mengikut cara yang mereka sukai. Kita seharusnya tidak menggunakan kata atau gelaran yang kurang elok kepada orang lain.

INI TIDAK ADIL!

INI TIDAK ADIL

Pada hari itu terdapat menu baru di KFC, iaitu Cheezy Wedges Triple (terlupa nama yang terbaru). Saya merupakan salah seorang peminat wedges. Setelah mengambil pesanan dan menjamu selera, saya tidak dapat menghabiskan hidangan yang dipesan tersebut, lalu saya pergi ke kaunter untuk mengambil plastik bagi membungkus makanan tersebut. Saya berdiri di hadapan kaunter tersebut agak lama sambil memerhatikan gelagat staff-staff yang bertugas, mereka langsung tidak menghiraukan saya yang sedang menunggu perkhidmatan mereka. Sedangkan staff wanita tersebut tidak melakukan sebarang pekerjaan, hanya sekadar berbual dengan rakannya yang sedang melakukan kerja bagi bahagian “Drive Thru”. Kemudian staff perempuan tersebut terus bergerak ke bahagian belakang tanpa menanyakan apa yang saya perlukan. rakannya yang sedang sibuk membuat kerja terlihat saya lalu menegur staff perempuan tersebut  bahawa terdapat pelanggan yang menunggu di kaunter. Staff perempuan tersebut tidak jadi ke bahagian belakang lalu menanyakan keperluan saya. Saya agak tidak puas hati layanan yang diberikan di KFC sedangkan mereka telah mengenakan cas perhidmatan. Ini bukan merupakan kali pertama perkara ini berlaku. Apa yang saya perhatikan, sekiranya pelanggan tersebut lelaki, cepat sahaja pelanggan tersebut dilayan.

Pengajarannya, sebagai seorang pekerja yang berdedikasi kita tidak seharusnya memilih pelanggan mengikut jantina atau pelanggan yang kita suka. Kita seharusnya melayan pelanggan secara adil dan penuh senyuman.

LAIN DARI YANG LAIN





PERSEPSI



Setiap malam setiap hari Isnin hingga Jumaat merupakan latihan bagi subjek Drama dan Amali Seni Lakon. Biasalah untuk kehadiran pasti ada sahaja yang datang lewat walaupun sudah dikhabarkan lebih awal, mungkin ada masalah pengangkutan. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba, kami berborak mengenai kehidupan peribadi masing-masing serta hal pelajaran di UPSI. Pelbagai dialek lah timbul ketika itu, Kelantan, Kedah, Terengganu, Sabah namun kami tetap memahami pertuturan masing-masing kerana sudah bersahabat sejak semester satu lagi.

Tiba-tiba salah seorang sahabat kami, iaitu Noor Ibadah atau nama popularnya Cik Oren berkata “Euwwww” sambil memegang telefon bimbit milik Hidayah. Kami yang sedang rancak bersembang terhenti seketika kerana terfikir, apakah yang dilihat oleh Cik Oren sehingga dia berkata sebegitu. Pelbagai persepsi yang timbul dalam fikiran masing-masing, sesuatu yang jijikkah yang dilihat olehnya. Kemudian kami semua menanyakan apa yang “dieuwwww kan itu?”, tergelak besar kami apabila dia menunjukkan gambar Hidayah yang telah dibesarkan (zoom)  membesarkan mata dengan cara yang lucu. Cepat-cepat Hidayah mengambil telefon bimbitnya daripada Cik Oren sebelum semakin ramai yang melihatnya. Apa yang difikirkan oleh kami meleset daripada apa yang ditunjukkan oleh Ibadah.

Pengajarannya atau ulasan : Kadangkala apa yang kita fikirkan tidak sama seperti apa yang disebutkan atau diperkatakan oleh orang lain. Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai sesuatu perkara.

ADUHAII...MALUNYA -_-"



MALUNYA AKU

Pada hari tersebut pensyarah tiada kerana mempunyai urusan di luar tetapi kami dikehendaki menghadirkan diri bagi menyiapkan tugasan  individu. Pada hari tersebut merupakan kelas bagi subjek KPD, kami dikehendaki membuat pengajaran mikro. Perkara yang ingin saya fokuskan di sini bukanlah mengenai pengajaran mikro tersebut tetapi perkara yang agak memalukan bagi saya, iaitu tersalah orang. Seorang sahabat telah meminta untuk diberikan pinjam pen marker untuk digunakan dalam pengajaran mikronya nanti, saya serta sahabat-sahabat yang lain sebagai pelajarnya. Hendak dijadikan cerita, si peminjam telah meminta kebenaran untuk meminjam pen marker tersebut, tanpa menoleh ke belakang saya telah menjawab “Baiklah, mamat A”. Alangkah malunya saya apabila orang yang saya sebutkan namanya itu bukan peminjamnya, mujurlah hanya sahabat saya sahaja yang mendengarnya. Apa lagi, ketawa berdekah-dekah lah kami bertiga kerana 'overnya' keyakinan saya. saya cuma berharap Si Mamat A itu tidak perasan akan hal ini. Apabila pulang ke rumah, diceritakan pula kepada sahabat rumah saya, iaitu Awin. Katanya apalah yang diangankan oleh saya pada ketika itu.

Pengajaran yang saya dapat di sini ialah kita perlu menoleh ke belakang untuk mendapatkan kepastian  walaupun untuk hal-hal yang kecil supaya tidak malu dikemudian hari.

ADA APA DENGAN TEBUAN?

TEBUAN



Saya bukan hendak menceritakan mengenai tebuan, tetapi mengenai istilah tebuan yang telah digunakan oleh pensyarah bagi subjek Sosiolinguistik, iaitu Dr. Siti Saniah. Pada hari khamis, iaitu bersamaan 6 Mac 2013 Dr. Siti Saniah ada menyebutkan tentang tebuan. Hal ini timbul apabila setiap kali diajukan soalan, akan dijawab oleh semua pelajar tetapi dengan jawapan yg berbeza-beza. Hal ini mungkin menyukarkan Dr. Siti untuk mendengar jawapan yang jelas kerana terlalu ramai yang menjawab. Oleh itu, Dr. Siti telah  mengambil inisiatif, sesiapa yang ingin menjawab perlu mengangkat tangan terlebih dahulu. Namun, apabila kaedah tersebut digunakan tiada siapa yang berani menjawab, mengapa perkara ini berlaku? Bagi diriku sendiri juga agak sukar untuk mengangkat tangan sekiranya ingin menjawab soalan yang diajukan walaupun teringin untuk menjawabnya. Hal ini kerana malu sekiranya jawapan yang diberikan kurang tepat atau salah. Masalah utama bagi diriku ialah keyakinan diri, sekiranya kita yakin semestinya dengan mudah kita akan dapat menjawab tanpa rasa malu.

Pengajarannya disini, saya perlukan lebih keyakinan diri dan keberanian untuk berhadapan dengan masyarakat kerana bakal menjadi seorang pendidik kelak.