Pages

Friday, March 22, 2013

AKU BUKAN PENCURI :(

PENCURIKAH AKU??

Yeayhhh!! Kami dapat baucer buku 1Malaysia. Otak mula berputar-putar memikirkan apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan baucer yang diberikan kerajaan ini bagi meringankan beban kami sebagai pelajar. Baucer ini juga menyebabkan ramai pihak yang mengambil kesempatan dengan mengenakan cas yang tertentu sekiranya hendak membeli buku, barangan elektronik dan sebagainya dengan kadar yang tinggi.
Saya hanya membeli peralatan yang berada di kedai peralatan alat tulis bagi baucer yang pertama, yang seterusnya saya ke pekan bersama Awin untuk ke kedai peralatan yang lebih besar. Terdapat dua bahagian di kedai itu, di tingkat bawah terdapat alatan tulis dan di bahagian atas pula bagaian buku. Saya ke bahagian atas bagi melihat apakah buku yang menarik untuk dibeli. Sepanjang melihat kawasan sekitar buku, saya diekori oleh seorang pekerja yang memerhati sejak mula saya masuk lagi. Rasa seperti pencuri yang diperhatikan gerak-gerinya oleh polis. Tidak selesa untuk meneruskan pemantauan ke atas setiap rak buku kerana diperhatikan seperti saya hendak mencuri. Akibat daripada pemerhatian yang terlampau, saya memutuskan untuk keluar tanpa membeli apa-apa.

Ulasan : Janganlah melayan pelanggan anda seperti seorang pencuri, hal ini akan mengakibatkan pelanggan tidak selesa.
AKHIRNYA CINTA

ADA APA DENGAN CINTA??

Pada hari ini Dr. Siti mengaitkan pelajaran Kesetiaan Terhadap Bahasa dengan perasaan atau emosi kami bercinta dengan pasangan. Dr. Siti bertanyakan proses sebelum mencapai ke tahap percintaan, pelbagai jawapan yang diperoleh Dr. Siti melalui rakan-rakan di dalam kelas. Pada ketika itu teringat akan saya sahabat lelaki saya yang berkata bahawa sekiranya seseorang lelaki itu serius dalam perhubungan mereka, dia tanpa teragak-agak akan memperkenalkan kita kepada keluarganya. Setiap orang pasti mempunyai cerita cintanya yang tersendiri.
Sampailah ke tahap soalan Setia tidak bermakna Benci, agak susah untuk ditafsirkan kerana saya memahaminya daripada konteks percintaan sesama insan yang agak tidak dapat diterima dek akal. Setelah Shelly memberikan jawapannya barulah saya memahami maksud yang hendak disampaikan melalui ayat itu, iaitu walaupun kita setia dengan Bahasa Melayu tidak bermakna kita benci dengan bahasa lain. Saya juga memahami maksud Dr. Siti dengan “Nanti dalam peperiksaan jawab jawapan saya sama dengan Shelly”. Ini bermakna Dr. Siti mahu semua pelajarnya bercakap walaupun jawapan yang diterima mungkin sama tetapi dalam versi yang berbeza.

Ulasan : Sekiranya kita tidak tahu, sebaiknya kita diam daripada kita mengatakan sesuatu yang tidak benar dan memalukan diri kita sendiri di kemudian hari. J

KEMALANGAN!!

ADOII! SAKITLAH


KEMALANGAN!!

Pada hari itu, saya dan rakan-rakan pergi ke kuliah seperti biasa dan pulang juga seperti biasa. Tetapi terdapat perkara yang tidak terduga oleh diriku. Saya menjadi punca kemalangan tersebut. Tapi bagaimana perkara ini boleh berlaku? Bagaimana diri ini menjadi punca kemalangan tanpa disedari? Begini kisahnya seperti yang diceritakan semula oleh rakan saya, iaitu Ibadah dan Hidayah.
                Saya mendahului mereka berdua di hadapan sambil memerhati kenderaan yang lalu lalang. Terasa seperti ada orang yang memanggil diri ini, apabila saya toleh ke belakang saya lihat Ibadah sudah jatuh daripada basikal. Saya yang terpingga-pingga menanyakan bagaimana boleh terjatuh? Rupa-rupanya saya punca kejadian ini berlaku, Ibadah terlanggar belakang sedikit tayar belakang basikal saya dan menyebabkan dia terjatuh. Ibadah dibantu oleh orang yang lalu lalang di situ, Hidayah yang terkejut hanya melihat tanpa berbuat apa-apa. Tapi saya faham keadaan Hidayah yang agak terkejut pada ketika itu. Sungguh baik pelajar UPSI yang membantu Ibadah pada ketika itu.

Ulasan : Orang yang baik tidak hanya membantu orang yang dikenalinya sahaja, tetapi turut membantu orang yang tidak dikenalinya.
MAK CIK YANG BAIK


TERIMA KASIH
Pada kali ini cerita ketika kami hendak ke kampus pula, tetapi kali ini hanya berdua. Maka, bertembunglah kami dengan seorang mak cik yang turut menunggang basikal. Saya hanya senyum kepadanya,  tiba-tiba mak cik itu berhenti di hadapan kami. Saya ingatkan kami ada melakukan apa-apa kesalahan kerana senyuman itu tadi, rupa-rupanya ada maklumat yang ingin disampaikan kepada kami. Mak cik itu bertanya sekiranya saya dan rakan ada mendengar tentang kes ragut yang terjadi sehari sebelum itu. Kami yang terpingga-pingga hanya menjawab tidak kerana tidak dihebohkan di laman sosial ‘facebook’ kerana selalunya pasti ada maklumat sebegitu dihebohkan di laman sosial tersebut. Mak cik itu terus menceritakan bagaimana plot cerita kes ragut tersebut. Sebelum berlalu pergi, mak cik tersebut berpesan kepada kami supaya berhati-hati. Rakan saya yang ketika itu membawa beg sandang tepi mulai takut apabila melihat motosikal berwarna merah kerana menurut mak cik itu penunggang motosikal itu menunggang motosikal berwarna merah. Kami tetap dengan niat asal kami menuju ke kampus tetapi dengan lebih berhati-hati.

Ulasan : Kita seharusnya mengamalkan sikap mengambil berat antara satu sama lain walaupun kita tidak saling mengenali seperti yang dilakukan oleh mak cik tersebut.

MOH KITA SENYUM

SENYUMAN ANDA MENAWAN :) 


MOH KITA SENYUM

Banyak betul tugasan yang disenaraikan pensyarah pada hari ini, tetapi saya masih kurang faham mengenai tugasan yang diberikan. Rakan-rakan akan menjadi rujukan sekiranya saya kurang memahami mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setelah kuliah tamat, kami pulang ke rumah seperti biasa menjadi pesalah tegar kerana sentiasa mengikuti jalan yang bertentangan daripada kenderaan yang lain. Akibat itu juga kadang kala kami akan mengalami kemalangan kecil seperti brek mengejut, terlanggar tayar belakang basikal rakan yang lain, melintas tanpa melihat kenderaan lain dan lain-lain.
                Apa yang hendak diceritakan di sini bukan mengenai basikal ataupun rutin harian saya, tetapi budaya senyum dalam kalangan masyarakat. Sekiranya kita terserempak dengan rakan-rakan kita pasti akan berbalas senyuman sebagai tanda kita bertegus sapa dengannya tanpa perlu mengeluarkan kata-kata. Bak kata orang Kelantan “Senyum Sokmo”. Bagaimana pula dengan masyarakat yang tidak kenali? Adakah kita akan senyum juga kepada mereka? Sudah semestinya ya sekiranya pertanyaan tersebut ditujukan kepada saya. Saya sambung mengenai rutin harian saya selepas pulang dari kuliah tadi, ketika melalui jalan yang sama hampir setiap hari terdapat seorang pak cik yang berbangsa Cina yang juga menunggang basikal melintasi kami. Pak cik itu bukan sekadar lalu tetapi turut senyum ke arah kami kerana memberikan sedikit laluan untuknya (pada kali ini Pak Cik ini pula yang menjadi pesalah jalan raya). Pak cik itu turut mengatakan sesuatu kepada saya tetapi tidak kedengaran jelas apa yang diperkatakannya.

Ulasan: Walaupun kita tidak mengenali seseorang itu, budaya senyum itu akan menampakkan betapa manisnya kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sunday, March 17, 2013

LADA VS CABAI HIDUP

<3 LADA OHHH CABAII <3


Apalah yang nak digadohkan mengenai sejenis makanan dalam kategori sayur yang pedas ini? Kisah ini terdapat watak Hidayah, Awin serta Fira. Pada hari tersebut Hidayah naik ke bilik dan menceritakan kes mengenai cabai. Saya menyampuk dan menyatakan saya memanggil cili padi dan lada bagi lada yang besar tetapi bagi Hidayah dan Awin pula cabai bagi cili padi dan cabai hidup bagi lada. Namun kami tidak kisah, kerana setiap negeri mempunyai nama bagi sesuatu benda dan menjadi hak masing-masing hendak memanggilnya apa pun. Tetapi akibat daripada perbezaan nama juga menyebabkan kami tidak mengetahui apakah yang hendak dinyatakan sebenarnya kerana tidak mengetahui nama standard bagi sesuatu benda tersebut. Saya juga pernah keliru dengan roti dan biskut ketika mula-mula sampai di negeri Kedah dulu.

Pengajaran : Kita harus menghormati dialek bagi negeri masing-masing tanpa memperlekehkannya, siapa kita untuk sentiasa kelihatan sempurna. J

PERKHIDMATAN KAUNTER??

MESRA PELANGGAN??
Kisah ini diceritakan oleh ibu saya. Saya agak sedih mendengar masih ada pelayan kaunter yang tidak mesra pelanggan. Pada hari tersebut ibu dan ayah ke pejabat pos untuk menguruskan pembayaran cukai jalan motorsikal Along saya. Ayah membuat urusan mengenai cukai jalan motosikal, manakala ibu yang tidak berbuat apa-apa pergi membeli sampul surat Pos Express supaya apabila ayah selesai nanti boleh terus mengepos cukai jalan tersebut kepada Along. Itu merupakan kali pertama ibu pergi membeli mahupun mengisi borang di dalam sampul pos tersebut. Oleh sebab ibu lihat tiada pelanggan pada ketika itu, ibu meminta pertolongan daripada pelayan kaunter untuk membantu mengisikan borang itu untuknya. Namun, ibu hampa apabila pelayan tersebut enggan membantu kerena katanya dia tidak boleh bantu pelanggan untuk mengisikan sebarang borang dengan penuh kesombongan. Sungguh mesra pelanggan bukan ?? Ibu hanya tersenyum dan berlalu dan mengisi borang tersebut mengikut apa yang dipinta dengan penuh berhati-hati kerana takut tersalah mengisi maklumat yang diinginkan. Tidak bolehkah mereka membantu pelanggan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Pengajaran : Pelayan kaunter seharusnya mempraktikkan cogan kata “MESRA PELANGAN” yang mereka lekatkan. Mereka seharusnya tahu tugas mereka sebelum menerima tawaran kerja seperti itu.

BERMAKNANYA NAMA KITA

TERKENAL DI TANJUNG MALIM

Saya pernah menjamu selera di Yik Mun Pau ketika ibu dan ayah mengunjungi saya di Tanjung Malim. Setiap kali berkunjung di sini ibu pasti akan membawa pulang pau ayam, daging dan kacang merah sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke rumah. Tetapi setelah terdapat beberapa cerita yang meragui logo halal yang dibawa oleh restoran tersebut telah menyebabkan ibu dan ayah tidak lagi berkunjung ke situ apabila melawat saya. Tidak lama kemudian ibu menelefon saya untuk menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi logo halal yang dibawa Pau Yik Mun kerana telah masuk ke dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri.
                Apa yang saya hendak ceritakan bukan mengenai makanan yang terdapat di Yik Mun Pau, tetapi mengenai namanya. Pensyarah saya ada membetulkan cara sebutan yang sebenar bagi Yik Mun yang selama ini sewenang-wenangnya salah dituturkan oleh saya dan rakan-rakan yang lain. Seperti nama-nama kita sekiranya lain sebutannya, maka lainlah maknanya ataupun tidak mempunyai makna sama sekali. Begitu juga dengan Yik Mun, apabila disebut sebagai [yik mun] tidak akan memberikan sebarang makna tetapi bermakna apabila disebut sebagai [yik mun kepada yik man].

Pengajaran : Sebagaimana kita mahu orang menghormati nama yang diberikan kepada kita agar bermakna, begitu juga dengan orang lain walaupun berlainan agama. J

KATA GANTI NAMA DIRI (CERITA II)












Kali ini mengenai apa pula ya kata ganti nama diri? Kali ini mengenai keluarga saya pula. Saya merupakan anak yang ketiga daripada tujuh orang adik beradik. Ketika kecil saya merupakan budak yang teramatlah nakal. Perkara yang pernah saya lakukan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja antaranya ialah jatuh dari kereta yang sedang bergerak, menghilangkan diri di tempat awam (menyebabkan mak saya serik hendak bawa berjalan), keluar senyap-senyap dari rumah dan sebagainya. Tetapi bukan mengenai diri saya yang saya hendak ceritakan, mengenai panggilan yang keluarga saya terhadap saya. Ketika saya merupakan anak bongsu, saya dipanggil dengan panggilan “Kakak” dan masih dipanggil “Kakak” walaupun setelah kelahiran adik saya, namun panggilan “Kakak” ditukar kepada “Pikah” setelah kelahiran adik yang kedua. Mak saya kata kerana adik beradik kami sudah terlalu ramai, nama panggilan keluarga ditukar kepada nama kerana

Pengajaran  : Walau apa pun panggilan keluarga terhadap kita, kita tidak perlu terlalu mengikut pangkat dalam keluarga, cukup sekadar hubungan pertalian keluarga dalam keluarga erat.

PANGGILAN HORMAT






Semasa saya semester 4 di UPSI terdapat salah faham mengapa adik-adik ini tidak membahasakan diri saya serta rakan yang lain sebagai Kak Fira, Kak Ibadah dan Kak Dayah apabila berkomunikasi mahupun ketika menghantar sistem pesanan ringkas (SMS). Mereka merupakan ahli dalam kumpulan kami. Mengapa saya agak sensitif mengenai hal ini? Hal ini kerana saya merasakan tidak dihormati. Namun, setelah minggu ke-4 kuliah baru saya mengetahui bahawa “adik” yang saya anggap tidak menghormati saya itu rupa-rupanya tua setahun daripada kami. Nombor matrik tidak melambangkan tahun atau umur seseorang rupa-rupanya. Selama ini saya yang tidak hormat mereka sebagai orang yang lebih tua, selepas daripada itu saya membahasakan mereka sebagai Kakak.

Pengajaran : Bagi seseorang panggilan hormat itu amat penting sebagai tanda kita menghormati dirinya.