MEMINTA-MINTA
Akhirnya
kami sampai di stesen bas Gopeng, Ipoh. Seterusnya kami ke kaunter untuk
bertanyakan tiket ke Butterworth pula. Kami mengambil tiket ke Butterworth pada
pukul 1.30petang kerana hanya bas tersebut yang paling awal. Sementara menunggu
ketibaan bas tersebut, kami mencari bekalan makanan untuk dimakan sambil
menunggu. Kami menunggu sehingga pukul 2.00petang, bas tidak juga tiba. Kami ke
kaunter untuk bertanyakan keberadaan bas tersebut. Matlamat kami mengambil bas
awal adalah untuk tiba awal di Baling.
Kami terus menunggu ketibaan bas tersebut dan berharap bas tersebut tidak
tiba terlalu lewat. Ketika menunggu, aku terlihat kelibat seorang mak cik yang
sudah agak tua mengelilingi stesen bas tersebut dan hampir pergi ke setiap
orang yang berada di stesen bas tersebut. Aku perhatikannya sehingga mak cik
tersebut hampir denganku, Awin yang perasan akan pemerhatianku terhadap mak cik
itu terus meminta aku tidak mengendahkan permintaan mak cik itu sekiranya dia meminta
sesuatu kepadaku kerana Awin sudah biasa melihat mak cik itu di stesen bas
Gopeng. Mak cik itu akan menggunakan alasan dia sudah tiga hari tidak makan
sedangkan keadaan mak cik itu kelihatan amat bertenaga bergerak dari satu
tempat ke satu tempat.
ULASAN:
Selagi kita mampu untuk melakukan sesuatu pekerjaan, janganlah kita
meminta-minta seperti diri kita ini tidak cukup sifatnya. Masih ada masyarakat
yang tidak cukup sifatnya tetapi berupaya untuk mencari rezeki menggunakan
anggota badannya yang lain.
.jpg)
No comments:
Post a Comment