Siapa yang tiada laman sosial ‘facebook’
atau muka buku pada masa kini? Agak mustahil kerana adik bongsu saya yang baru
berusia 11 tahun juga mempunyai akaun bagi laman sosial ini. Bukan saya hendak
menceritakan mengenai status-status yang dipaparkan oleh rakan-rakan saya
tetapi kesan daripada fenomena yang dibawa oleh muka buku ini. Sememangnya muka
buku ini dapat mengeratkan hubungan kita dengan rakan-rakan yang lain yang jauh
daripada diri kita, namun pada masa yang sama hubungan kita dengan masyarakat
sekeliling akan terjejas. Akibat daripada kita hanya terperuk di hadapan
komputer riba, rakan disebelah kita akan diabaikan secara tidak langsung.
Sekiranya rakan kita itu juga melayari muka buku, maka tiadalah komunikasi yang
berlaku antara mereka. Malah terdapat juga rakan yang berkomunikasi melalui
muka buku walaupun hanya duduk sebelah-menyebelah kerana malas untuk berbicara
secara realiti. Mungkinkah selepas ini kita membeli sebuah patung robot untuk
berbalas komunikasi dengan rakan kita pada masa hadapan?
ULASAN: Gunakanlah kemudahan yang sedia
ada dengan sebaik yang mungkin. Kita mungkin akan lupa cara untuk berkomunikasi
dengan betul bersama dengan masyarakat sekiranya hanya bergantung kepada
kemudahan yang kadangkala memudaratkan diri kita. Salah faham mungkin akan
berlaku kerana pertuturan dan penulisan merupakan sesuatu yang berbeza.
Sekiranya kita bertutur, apa yang hendak kita sampaikan akan lebih cepat dan
mudah untuk difahami. Selamat berkomunikasi. J
.jpg)
No comments:
Post a Comment