Pada hari itu terdapat menu baru di KFC, iaitu Cheezy Wedges Triple (terlupa nama yang terbaru). Saya merupakan salah seorang peminat wedges. Setelah mengambil
pesanan dan menjamu selera, saya tidak dapat menghabiskan hidangan yang dipesan
tersebut, lalu saya pergi ke kaunter untuk mengambil plastik bagi membungkus
makanan tersebut. Saya berdiri di hadapan kaunter tersebut agak lama sambil
memerhatikan gelagat staff-staff yang bertugas, mereka langsung tidak
menghiraukan saya yang sedang menunggu perkhidmatan mereka. Sedangkan staff
wanita tersebut tidak melakukan sebarang pekerjaan, hanya sekadar berbual
dengan rakannya yang sedang melakukan kerja bagi bahagian “Drive Thru”. Kemudian
staff perempuan tersebut terus bergerak ke bahagian belakang tanpa menanyakan
apa yang saya perlukan. rakannya yang sedang sibuk membuat kerja terlihat saya
lalu menegur staff perempuan tersebut
bahawa terdapat pelanggan yang menunggu di kaunter. Staff perempuan
tersebut tidak jadi ke bahagian belakang lalu menanyakan keperluan saya. Saya agak
tidak puas hati layanan yang diberikan di KFC sedangkan mereka telah mengenakan
cas perhidmatan. Ini bukan merupakan kali pertama perkara ini berlaku. Apa yang
saya perhatikan, sekiranya pelanggan tersebut lelaki, cepat sahaja pelanggan
tersebut dilayan.
Pengajarannya, sebagai seorang pekerja yang berdedikasi
kita tidak seharusnya memilih pelanggan mengikut jantina atau pelanggan yang
kita suka. Kita seharusnya melayan pelanggan secara adil dan penuh senyuman.
No comments:
Post a Comment