Pages

Friday, March 8, 2013

PILIH KASIHKAH ITU?

KATA GANTI NAMA



Ada apa pada kata ganti nama diri. Bukan saya hendak mengajar mengenainya tetapi ingin menceritakan perbezaan yang saya gunakan terhadap rakan-rakan yang lain. Saya akan membahasakan diri dengan panggilan nama sekiranya dengan Noor Ibadah dan rakan-rakan yang lain, tetapi dengan rakan sebilik saya, iaitu Awin dan Hidayah saya membahasakan diri dengan “aku”. Sekiranya saya tersasul membahasakan “aku” kepada Ibadah, saya pasti akan membetulkannya kembali dengan membahasakan diri dengan panggilan nama “Fira” kerana apabila ber”aku” dengan Ibadah terasa seperti berkasar dengannya. Tetapi apabila panggilan nama “Fira” dengan Hidayah atau Awin akan terasa geli-geleman pula. Saya pernah menjadi rakan sebilik sewaktu semester 1 dan 2 dengan Ibadah, sejak semester 3 hingga sekarang bersama Hidayah dan Awin. Mungkin kerana kami tinggal di negeri yang sama membiasakan diri kami membahasakan diri sebagai “aku”.

Pengajaran atau ulasan: Setiap individu mempunyai panggilan nama yang berbeza mengikut cara yang mereka sukai. Kita seharusnya tidak menggunakan kata atau gelaran yang kurang elok kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment