![]() |
PERSEPSI |
Setiap malam setiap hari Isnin hingga Jumaat merupakan latihan bagi subjek Drama dan Amali Seni Lakon. Biasalah untuk kehadiran pasti ada sahaja yang datang lewat
walaupun sudah dikhabarkan lebih awal, mungkin ada masalah pengangkutan. Sementara
menunggu rakan-rakan yang lain tiba, kami berborak mengenai kehidupan peribadi
masing-masing serta hal pelajaran di UPSI. Pelbagai dialek lah timbul ketika
itu, Kelantan, Kedah, Terengganu, Sabah namun kami tetap memahami pertuturan
masing-masing kerana sudah bersahabat sejak semester satu lagi.
Tiba-tiba salah seorang sahabat kami, iaitu Noor Ibadah
atau nama popularnya Cik Oren berkata “Euwwww” sambil memegang telefon bimbit
milik Hidayah. Kami yang sedang rancak bersembang terhenti seketika kerana
terfikir, apakah yang dilihat oleh Cik Oren sehingga dia berkata sebegitu. Pelbagai
persepsi yang timbul dalam fikiran masing-masing, sesuatu yang jijikkah yang
dilihat olehnya. Kemudian kami semua menanyakan apa yang “dieuwwww kan itu?”,
tergelak besar kami apabila dia menunjukkan gambar Hidayah yang telah
dibesarkan (zoom) membesarkan mata
dengan cara yang lucu. Cepat-cepat Hidayah mengambil telefon bimbitnya daripada
Cik Oren sebelum semakin ramai yang melihatnya. Apa yang difikirkan oleh kami
meleset daripada apa yang ditunjukkan oleh Ibadah.
Pengajarannya atau ulasan : Kadangkala apa yang kita
fikirkan tidak sama seperti apa yang disebutkan atau diperkatakan oleh orang lain. Setiap individu
mempunyai persepsi yang berbeza mengenai sesuatu perkara.
.jpg)
eeuuwwwww..........
ReplyDeleteapa euwwww2...sekeh nok?
ReplyDelete