Semasa saya
semester 4 di UPSI terdapat salah faham mengapa adik-adik ini tidak
membahasakan diri saya serta rakan yang lain sebagai Kak Fira, Kak Ibadah dan
Kak Dayah apabila berkomunikasi mahupun ketika menghantar sistem pesanan
ringkas (SMS). Mereka merupakan ahli dalam kumpulan kami. Mengapa saya agak
sensitif mengenai hal ini? Hal ini kerana saya merasakan tidak dihormati.
Namun, setelah minggu ke-4 kuliah baru saya mengetahui bahawa “adik” yang saya
anggap tidak menghormati saya itu rupa-rupanya tua setahun daripada kami.
Nombor matrik tidak melambangkan tahun atau umur seseorang rupa-rupanya. Selama
ini saya yang tidak hormat mereka sebagai orang yang lebih tua, selepas
daripada itu saya membahasakan mereka sebagai Kakak.
Pengajaran : Bagi
seseorang panggilan hormat itu amat penting sebagai tanda kita menghormati dirinya.

No comments:
Post a Comment