![]() |
| AKU BUKAN PENCURI :( |
PENCURIKAH AKU??
Yeayhhh!!
Kami dapat baucer buku 1Malaysia. Otak mula berputar-putar memikirkan apakah
barangan yang boleh dibeli menggunakan baucer yang diberikan kerajaan ini bagi
meringankan beban kami sebagai pelajar. Baucer ini juga menyebabkan ramai pihak
yang mengambil kesempatan dengan mengenakan cas yang tertentu sekiranya hendak
membeli buku, barangan elektronik dan sebagainya dengan kadar yang tinggi.
Saya hanya membeli peralatan yang berada di kedai peralatan alat tulis bagi
baucer yang pertama, yang seterusnya saya ke pekan bersama Awin untuk ke kedai
peralatan yang lebih besar. Terdapat dua bahagian di kedai itu, di tingkat
bawah terdapat alatan tulis dan di bahagian atas pula bagaian buku. Saya ke
bahagian atas bagi melihat apakah buku yang menarik untuk dibeli. Sepanjang
melihat kawasan sekitar buku, saya diekori oleh seorang pekerja yang memerhati
sejak mula saya masuk lagi. Rasa seperti pencuri yang diperhatikan
gerak-gerinya oleh polis. Tidak selesa untuk meneruskan pemantauan ke atas
setiap rak buku kerana diperhatikan seperti saya hendak mencuri. Akibat daripada
pemerhatian yang terlampau, saya memutuskan untuk keluar tanpa membeli apa-apa.
Ulasan : Janganlah
melayan pelanggan anda seperti seorang pencuri, hal ini akan mengakibatkan
pelanggan tidak selesa.
.jpg)
No comments:
Post a Comment