![]() |
| MAK CIK YANG BAIK |
TERIMA KASIH
Pada kali ini
cerita ketika kami hendak ke kampus pula, tetapi kali ini hanya berdua. Maka,
bertembunglah kami dengan seorang mak cik yang turut menunggang basikal. Saya
hanya senyum kepadanya, tiba-tiba mak
cik itu berhenti di hadapan kami. Saya ingatkan kami ada melakukan apa-apa
kesalahan kerana senyuman itu tadi, rupa-rupanya ada maklumat yang ingin
disampaikan kepada kami. Mak cik itu bertanya sekiranya saya dan rakan ada
mendengar tentang kes ragut yang terjadi sehari sebelum itu. Kami yang
terpingga-pingga hanya menjawab tidak kerana tidak dihebohkan di laman sosial
‘facebook’ kerana selalunya pasti ada maklumat sebegitu dihebohkan di laman
sosial tersebut. Mak cik itu terus menceritakan bagaimana plot cerita kes ragut
tersebut. Sebelum berlalu pergi, mak cik tersebut berpesan kepada kami supaya
berhati-hati. Rakan saya yang ketika itu membawa beg sandang tepi mulai takut
apabila melihat motosikal berwarna merah kerana menurut mak cik itu penunggang
motosikal itu menunggang motosikal berwarna merah. Kami tetap dengan niat asal
kami menuju ke kampus tetapi dengan lebih berhati-hati.
Ulasan : Kita
seharusnya mengamalkan sikap mengambil berat antara satu sama lain walaupun
kita tidak saling mengenali seperti yang dilakukan oleh mak cik tersebut.
.jpg)
No comments:
Post a Comment