![]() |
| <3 LADA OHHH CABAII <3 |
Apalah yang
nak digadohkan mengenai sejenis makanan dalam kategori sayur yang pedas ini?
Kisah ini terdapat watak Hidayah, Awin serta Fira. Pada hari tersebut Hidayah
naik ke bilik dan menceritakan kes mengenai cabai. Saya menyampuk dan
menyatakan saya memanggil cili padi dan lada bagi lada yang besar tetapi bagi
Hidayah dan Awin pula cabai bagi cili padi dan cabai hidup bagi lada. Namun
kami tidak kisah, kerana setiap negeri mempunyai nama bagi sesuatu benda dan
menjadi hak masing-masing hendak memanggilnya apa pun. Tetapi akibat daripada
perbezaan nama juga menyebabkan kami tidak mengetahui apakah yang hendak
dinyatakan sebenarnya kerana tidak mengetahui nama standard bagi sesuatu benda
tersebut. Saya juga pernah keliru dengan roti dan biskut ketika mula-mula
sampai di negeri Kedah dulu.
Pengajaran :
Kita harus menghormati dialek bagi negeri masing-masing tanpa memperlekehkannya,
siapa kita untuk sentiasa kelihatan sempurna. J
.jpg)
No comments:
Post a Comment