.jpg) |
| MESRA PELANGGAN?? |
Kisah ini
diceritakan oleh ibu saya. Saya agak sedih mendengar masih ada pelayan kaunter
yang tidak mesra pelanggan. Pada hari tersebut ibu dan ayah ke pejabat pos
untuk menguruskan pembayaran cukai jalan motorsikal Along saya. Ayah membuat
urusan mengenai cukai jalan motosikal, manakala ibu yang tidak berbuat apa-apa
pergi membeli sampul surat Pos Express supaya apabila ayah selesai nanti boleh
terus mengepos cukai jalan tersebut kepada Along. Itu merupakan kali pertama
ibu pergi membeli mahupun mengisi borang di dalam sampul pos tersebut. Oleh
sebab ibu lihat tiada pelanggan pada ketika itu, ibu meminta pertolongan daripada
pelayan kaunter untuk membantu mengisikan borang itu untuknya. Namun, ibu hampa
apabila pelayan tersebut enggan membantu kerena katanya dia tidak boleh bantu
pelanggan untuk mengisikan sebarang borang dengan penuh kesombongan. Sungguh
mesra pelanggan bukan ?? Ibu hanya tersenyum dan berlalu dan mengisi borang
tersebut mengikut apa yang dipinta dengan penuh berhati-hati kerana takut tersalah
mengisi maklumat yang diinginkan. Tidak bolehkah mereka membantu pelanggan yang
benar-benar memerlukan bantuan.
Pengajaran : Pelayan
kaunter seharusnya mempraktikkan cogan kata “MESRA PELANGAN” yang mereka
lekatkan. Mereka seharusnya
tahu tugas mereka sebelum menerima tawaran kerja seperti itu.
No comments:
Post a Comment