Kali ini
mengenai apa pula ya kata ganti nama diri? Kali ini mengenai keluarga saya
pula. Saya merupakan anak yang ketiga daripada tujuh orang adik beradik. Ketika
kecil saya merupakan budak yang teramatlah nakal. Perkara yang pernah saya
lakukan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja antaranya ialah jatuh dari
kereta yang sedang bergerak, menghilangkan diri di tempat awam (menyebabkan mak
saya serik hendak bawa berjalan), keluar senyap-senyap dari rumah dan
sebagainya. Tetapi bukan mengenai diri saya yang saya hendak ceritakan,
mengenai panggilan yang keluarga saya terhadap saya. Ketika saya merupakan anak
bongsu, saya dipanggil dengan panggilan “Kakak” dan masih dipanggil “Kakak”
walaupun setelah kelahiran adik saya, namun panggilan “Kakak” ditukar kepada
“Pikah” setelah kelahiran adik yang kedua. Mak saya kata kerana adik beradik
kami sudah terlalu ramai, nama panggilan keluarga ditukar kepada nama kerana
Pengajaran : Walau
apa pun panggilan keluarga terhadap kita, kita tidak perlu terlalu mengikut pangkat dalam keluarga, cukup sekadar hubungan pertalian keluarga dalam keluarga erat.
.jpg)
No comments:
Post a Comment