![]() |
| ADOII! SAKITLAH |
KEMALANGAN!!
Pada hari
itu, saya dan rakan-rakan pergi ke kuliah seperti biasa dan pulang juga seperti
biasa. Tetapi terdapat perkara yang tidak terduga oleh diriku. Saya menjadi
punca kemalangan tersebut. Tapi bagaimana perkara ini boleh berlaku? Bagaimana
diri ini menjadi punca kemalangan tanpa disedari? Begini kisahnya seperti yang
diceritakan semula oleh rakan saya, iaitu Ibadah dan Hidayah.
Saya mendahului mereka berdua di
hadapan sambil memerhati kenderaan yang lalu lalang. Terasa seperti ada orang
yang memanggil diri ini, apabila saya toleh ke belakang saya lihat Ibadah sudah
jatuh daripada basikal. Saya yang terpingga-pingga menanyakan bagaimana boleh
terjatuh? Rupa-rupanya saya punca kejadian ini berlaku, Ibadah terlanggar
belakang sedikit tayar belakang basikal saya dan menyebabkan dia terjatuh.
Ibadah dibantu oleh orang yang lalu lalang di situ, Hidayah yang terkejut hanya
melihat tanpa berbuat apa-apa. Tapi saya faham keadaan Hidayah yang agak
terkejut pada ketika itu. Sungguh baik pelajar UPSI yang membantu Ibadah pada
ketika itu.
Ulasan :
Orang yang baik tidak hanya membantu orang yang dikenalinya sahaja, tetapi
turut membantu orang yang tidak dikenalinya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment