![]() |
| SENYUMAN ANDA MENAWAN :) |
MOH KITA SENYUM
Banyak betul
tugasan yang disenaraikan pensyarah pada hari ini, tetapi saya masih kurang
faham mengenai tugasan yang diberikan. Rakan-rakan akan menjadi rujukan
sekiranya saya kurang memahami mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Setelah kuliah tamat, kami pulang ke rumah seperti biasa menjadi pesalah tegar
kerana sentiasa mengikuti jalan yang bertentangan daripada kenderaan yang lain.
Akibat itu juga kadang kala kami akan mengalami kemalangan kecil seperti brek
mengejut, terlanggar tayar belakang basikal rakan yang lain, melintas tanpa
melihat kenderaan lain dan lain-lain.
Apa yang hendak diceritakan di
sini bukan mengenai basikal ataupun rutin harian saya, tetapi budaya senyum
dalam kalangan masyarakat. Sekiranya kita terserempak dengan rakan-rakan kita
pasti akan berbalas senyuman sebagai tanda kita bertegus sapa dengannya tanpa
perlu mengeluarkan kata-kata. Bak kata orang Kelantan “Senyum Sokmo”. Bagaimana
pula dengan masyarakat yang tidak kenali? Adakah kita akan senyum juga kepada
mereka? Sudah semestinya ya sekiranya pertanyaan tersebut ditujukan kepada
saya. Saya sambung mengenai rutin harian saya selepas pulang dari kuliah tadi,
ketika melalui jalan yang sama hampir setiap hari terdapat seorang pak cik yang
berbangsa Cina yang juga menunggang basikal melintasi kami. Pak cik itu bukan
sekadar lalu tetapi turut senyum ke arah kami kerana memberikan sedikit laluan
untuknya (pada kali ini Pak Cik ini pula yang menjadi pesalah jalan raya). Pak
cik itu turut mengatakan sesuatu kepada saya tetapi tidak kedengaran jelas apa
yang diperkatakannya.
Ulasan:
Walaupun kita tidak mengenali seseorang itu, budaya senyum itu akan menampakkan
betapa manisnya kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

No comments:
Post a Comment