![]() |
| TERKENAL DI TANJUNG MALIM |
Saya pernah
menjamu selera di Yik Mun Pau ketika ibu dan ayah mengunjungi saya di Tanjung
Malim. Setiap kali berkunjung di sini ibu pasti akan membawa pulang pau ayam,
daging dan kacang merah sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke rumah.
Tetapi setelah terdapat beberapa cerita yang meragui logo halal yang dibawa
oleh restoran tersebut telah menyebabkan ibu dan ayah tidak lagi berkunjung ke
situ apabila melawat saya. Tidak lama kemudian ibu menelefon saya untuk
menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi logo halal yang dibawa Pau Yik Mun
kerana telah masuk ke dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan yang dihoskan oleh
Maria Tunku Sabri.
Apa yang saya hendak ceritakan
bukan mengenai makanan yang terdapat di Yik Mun Pau, tetapi mengenai namanya.
Pensyarah saya ada membetulkan cara sebutan yang sebenar bagi Yik Mun yang
selama ini sewenang-wenangnya salah dituturkan oleh saya dan rakan-rakan yang
lain. Seperti nama-nama kita sekiranya lain sebutannya, maka lainlah maknanya
ataupun tidak mempunyai makna sama sekali. Begitu juga dengan Yik Mun, apabila
disebut sebagai [yik mun] tidak akan memberikan sebarang makna tetapi bermakna
apabila disebut sebagai [yik mun kepada yik man].
Pengajaran : Sebagaimana kita mahu orang menghormati
nama yang diberikan kepada kita agar bermakna, begitu juga dengan orang lain
walaupun berlainan agama. J
.jpg)
No comments:
Post a Comment